Biarpun sukar menerima kenyataan namun pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan redha dengan pemergian abang keduanya yang juga Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.20 pagi Isnin.
Jalaluddin bagaimanapun berkata, dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan masa terakhir bersama Allahyarham ketika beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Afzan, Kuantan Pahang akibat serangan jantung.
“Arwah mendapat serang jantung pada Sabtu lalu ketika berada di Kemaman, Terengganu dan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke hospital di Kuantan pagi semalam (Ahad).
“Sebaik sahaja mendapat khabar itu saya dan adik-beradik lain bergegas ke sana dan Alhamdulillah kami berada di sisinya pada saat-saat akhir hayatnya dan beliau pergi dengan tenang dan aman,” katanya kepada mStar Online.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.Turut hadir memberikan penghormatan kepada arwah adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selain ahli keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa menziarahi Allahyarham di kediamannya di Ampang Jaya.Fuad, 62, diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam Sabtu lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Mariam Bahari, sepuluh cahaya mata dan enam orang cucu.Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, Fuad adalah seorang yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan arwah sentiasa memastikan mereka adik-beradik akan berkumpul dan meluangkan masa bagi merapatkan silaturahim.
Malah Jalaluddin turut menyifatkan Allahyarham sebagai pendengar setia sekiranya ada dikalangan mereka mempunyai sebarang masalah atau ingin berbincang mengenai sesuatu perkara.
“Allahyarham bukan sahaja seorang abang tetapi beliau juga adalah sahabat baik saya malah hubungan kami memang akrab sejak kecil dan kami tidak pernah berpisah.
“Malah selepas berkahwin kami tinggal berjiran sehingga ke hari ini dan kehilangannya amat meninggalkan kesan dan tiada lagi tempat saya mengadu masalah namun saya redha dengan ketentuan Allah,” katanya.
Jalaluddin berkata, Fuad pernah berpesan kepadanya supaya memastikan ikatan mereka adik-beradik sentiasa kuat dan meminta beliau menjaga keluarganya yang lain.“Itu adalah kata-kata yang sering dia pesan kepada saya dan Insya Allah amanat itu akan saya pegang,” ujarnya.
Mengenai pembabitan Jalaluddin sebagai sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), beliau hanya menjawab ringkas: “Saya belum pasti sama ada akan hadir atau tidak pada Jumaat ini.”
Sementara itu, abang sulung kepada Fuad yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau sempat mengadakan ceramah bersama adiknya itu kira-kira dua minggu lalu selepas dijemput untuk memberikan ucapan berhubung isu keselamatan kepada deligasi dan wartawan dari luar negara.
Jelas Musa, itu adalah kali terakhir mereka bekerjasama dan menyifatkan adiknya itu sebagai seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya dan mempunyai hubungan rapat dengan semua ahli keluarga.
Sebelum dilantik sebagai ketua pengarah Jasa, bekas lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang selama dua penggal. Bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum 1999, Allahyarham tewas di tangan Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali.

ReplyDelete- Tiền bối, ngài là?
Vương Lâm trên đường tới đây, trong lòng đã suy nghĩ rất nhiều tới những
từ ngữ sẽ nói, cho nên lúc này thần sắc hắn vô cùng thong dong, ánh mắt
quét qua đối phương một cái, lạnh nhạt nói:
- Tại hạ Vương Lâm, làm phiền thông báo một tiếng với Dạ Tự Tại sư thúc, Vương mỗ có chuyện quan trọng cần nói.
Thanh niên sửng sốt một chút, đưa mắt nhìn những người xung quanh mới nói:
- Tiền bối, việc này ta không thể tự mình làm chủ, không bằng ngài theo ta đi gặp chấp sự trưởng lão được chứ?
Vương Lâm gật đầu, đi ra bên ngoài trận pháp, A Ngốc lúc này cũng bám sát theo sau.
Thanh niên nhân nhún nhảy từ trên cọc gỗ xuống, phía sau có một chiếc quan tài bay theo.
- Tiền bối, thỉnh. - Vừa nói, thân thể thanh niên đã lập tức di động bay về phía một cái động khẩu gần đó.
học kế toán thực hành forum rao vặt cattleya học kế toán tổng hợp eco-green-city học kế toán tại bắc ninh dịch vụ kế toán trọn gói chung cư hà nội dịch vụ làm báo cáo tài chính cuối năm manor central park dịch vụ làm báo cáo tài chính kế toán cho quản lý khoá học kế toán thuế keny idol trung tâm kế toán tại long biên trung tâm kế toán tại hải phòng
Vương Lâm không nói hai lời đi theo vào.
Dọc trên đường đi thanh niên âm thầm đánh giá Vương Lâm, càng đánh giá
thái độ của hắn càng cung kính, tu chân giới lấy thực lực để nói chuyện, mà lúc này tu vi của Vương Lâm đã tiến vào Trúc Cơ kỳ, hiển nhiên đạt