Latest News

Khairul Fahmi Che Mat Akui Kesilapannya


Benteng terakhir Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, mengakui kesilapan dilakukannya hampir memusnahkan impian melangkah ke separuh akhir namun bersyukur rezeki masih berpihak skuad kebangsaan selepas jaringan kedua dan ketiga terhasil pada penghujung perlawanan.

Melepaskan empat gol hasil tiga penampilan peringkat kumpulan sebelum ini, Khairul Fahmi menjelaskan ketika gol penyamaan dijaringkan lawan, semangat memburu kemenangan dipamerkan rakan sepasukan begitu ketara dan ternyata berhasil.

"Setelah kita hampir layak ke separuh akhir hasil jaringan Safee Sali, kesilapan dilakukan saya hampir meragut impian pasukan dan peminat bola sepak negara.

"Tapi dua gol terhasil di penghujung permainan membuktikan kesungguhan rakan sepasukan, memang rezeki Harimau Malaya dan saya bersyukur kepada ALLAH.

"Alhamdulillah kami berjaya melangkah ke pentas separuh akhir dan peluang dimiliki akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan Piala AFF 2014 dalam genggaman," katanya.

Mengulas pertembungan separuh akhir pertama menentang juara 2008, Vietnam, Khairul Fahmi, percaya saingan berbeza bakal dijelmakan lawan yang pernah ditewaskan pada saingan separuh akhir 2010.

"Corak permainan pantas seperti pasukan Jepun antara kelebihan lawan kerana kita ketahui pasukan dibimbing jurulatih dari Jepun, Toshiya Miura.

"Masa yang ada ini perlu digunakan sepenuhnya buat kami semua memperbaiki kelemahan dan merancang strategi baharu bagi memastikan bekalan selesa dibawa pada aksi kedua nanti," jelasnya yang mesra dipanggil Apex.

Ujarnya kehilangan Ketua Pasukan, Shukor Adan dan Mohd Amri Yahya akibat penggantungan perlawanan turut dirasai namun percaya pemain yang diberikan tanggungjawab mampu melaksanakan kekosongan posisi tersebut.

"Memang rasai kehilangan mereka berdua, kita miliki pemain yang mampu mengisi kekosongan itu, jurulatih pastinya arif, cuma harapan saya pemain yang akan diturunkan akan beraksi sebagaimana Shukor dan Amri atau lebih baik," katanya.

No comments:

Post a Comment

Malaysia Harini Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.