Latest News

Pandemik COVID19 Mungkin Mengambil Masa 2 Tahun Untuk Pulih

Gambar Ketika Petugas Sedang merawat Pesakit Di Wuhan, China

Pandemik COVID19 dijangka akan mengambil masa hampir 2 tahun untuk pulih menurut pakar. Ia juga hanya akan berlaku apabila 2/3 penduduk seluruh dunia telah immun dengan virus tersebut.

Hal itu kerana virus ini berkebolehan untuk tersebar kepada individu yang tidak menunjukkan simptom sakit, dan ia juga akan sukar dikawal berbanding influenza. Ini di laporkan dari Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit Berjangkit di Universiti Minnesota yang terletak di Amerika Syarikat.

Selepas mengawal pergerakan berbillion orang diseluruh dunia di rumah untuk mengurangkan risiko penyebaran, beberapa kerajaan telah mula mengurangkan sekatan dengan berhati-hati untuk membolehkan rakyat mereka mula membuka kembali tempat pelancongan dan bisnes. Tetapi masih lagi amat berisiko dan gelombang seterusnya boleh berlaku bila-bila masa sehingga tahun 2022 menurut penulis.

Pakar kesihatan seluruh dunia sedang bertungkus lumus untuk membuat vaksin dalam jumlah yang kecil dan dijangka akan mula diedarkan seawal tahun ini. Laporan itu ditulis oleh Pengarah CIDRAP iaitu Michael Osterholm dan pengarah kesihatannya Kristen Moore, John Barry dan Marc Lipsitch.

Artikel Asal : Bloomberg

No comments:

Post a Comment

Malaysia Harini Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.