Latest News

"Tiada Kebenaran Pulang Berhari Raya Aidilfitri Nanti"

Nampaknya arahan terbaru yang melarang rakyat Malaysia untuk pulang ke halaman kampung masing-masing pada Aidilfitri ini pasti membuatkan ramai gusar dan sedih. Ini kerana ada yang akan tersangkut di bandar seperti Kuala Lumpur lebih dari 2 bulan tanpa ada peluang bertemu keluarga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

"Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka," katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, hari ini.

Perdana Menteri berkata, aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Beliau berkata, majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang membabitkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.


No comments:

Post a Comment

Malaysia Harini Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.