Latest News

AirAsia : Enjin Pesawat Tiba-Tiba Mati Ketika Mahu Berlepas


Dunia penerbangan kembali menarik perhatian apabila enjin pesawat AirAsia bagi penerbangan Surabaya-Bandung tiba-tiba mati ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, semalam.

Memetik laporan Metrotvnews.com, kejadian tersebut mencetuskan panik kepada 120 penumpangnya ekoran pesawat tersebut telah pun bergerak kira-kira tiga meter untuk berlepas menuju ke Bandung.

“Semua penumpang sudah memakai tali pinggang keselamatan, pesawat sudah bersedia dan berjalan tiba-tiba bunyi yang sangat kuat dan enjin terus mati.

“Kemudian pesawat itu berundur sendiri. Kami sangat terkejut dan panik. Ngeri juga. akhirnya, pesawat itu ditarik ke posisi awal kami naik dan kru meminta kami turut ketika itu juga,” cerita salah seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, semalam.

Enjin pesawat yang dijadualkan berlepas dari landasan jam 9 malam itu mati berpunca daripada masalah monitor ‘starter’ pesawat berkenaan.

Walaupun ia dapat dibaiki, namun majoriti penumpang pesawat berkenaan memilih untuk tidak meneruskan penerbangan.

AirAsia mengembalikan wang penumpang yang tidak meneruskan perjalanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Malaysia Harini Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.