Popular Posts
-
SEMALAM, TERSEBARNYA TEORI KONSPIRASI DARI SEORANG PENGGUNA FACEBOOK, SHARIFAH SOFEA YANG MENDAKWA PESAWAT MH370 DISEMBUNYI DAN CERITA-CERI...
-
Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di p...
-
Seramai 28 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil selepas tiga wanita yang berpakaian fantasi ala pakaian seragam polis b...
-
Tahun demi tahun, nilai pemain bolasepak Malaysia semakin meningkat mengikut keadaan dan suasana landskap bolasepak negara.Dahulunya seo...
-
Seorang suri rumah tangga di Melaka telah melakukan sesuatu yang lawak apabila memanggil anggota Jabatan Pertahanan Awam datang kerumah...
Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia
Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.
Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.
Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.
Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.
“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.
“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.
Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.
"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.
MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment