Latest News

Kisah Sebenar Disebalik Papan Tanda 'Runtuh'


Seorang pemandu nyaris maut apabila treler membawa jentera pengorek yang dipandunya melanggar papan tanda setinggi lima meter di Kilometer 2.4 Persiaran Timur, di sini, semalam.

Kejadian jam 2.40 petang itu dipercayai berlaku akibat muatan treler melebihi had ketinggian dibenarkan menyebabkan sebahagian daripada jentera terbabit merempuh papan tanda dan jatuh menghempap kepala treler seberat 72 tan itu.

Pemandu treler Rafi Yudin, 40 berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar jentera pengorek di Presint 17.

“Saya tidak tahu papan tanda itu tidak lepas untuk dilalui, tetapi selepas menyedari jentera pengorek tersangkut pada papan tanda saya terus menekan brek, namun keadaan jalan menurun menyebabkan treler terus bergerak.

“Akibatnya ia merempuh papan tanda dan menghempap kepala treler,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu.

Katanya, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2 comments:

  1. Siasat juga semua pihak dr pembuat papan tanda, yg meluluskan projek dan juga yg meluluskan projek tersebut siap ikut spec yg ditetapkan. Jgn salahkan satu pihak sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siasat sapa yg buat projek signboard..masakan papan lain blh lepas dn satu ni shj yg sangkut..mesti ketinggian xikut spec

      Delete

Malaysia Harini Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.